Saturday, January 29, 2011

Pelancong dan Pelancongan

Apa itu pelancongan?

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan daripada pihak masing-masing. Industri pelancongan mempunyai pelbagai sektor yang berbeza serta mempunyai aktiviti yang tersendiri.

Ramai yang beranggapan melancong merupakan satu aktiviti yang memerlukan belanja yang besar bagi menampung penginapan, pengankutan, makanan serta duit membeli belah untuk cenderahati keluarga. Anda salah! Kerana melancong tanpa mengeluarkan belanja yang besar atau banyak boleh anda lakukan. Buangkan fikiran dalam minda anda bahawa "DUIT TIDAK ADA UNTUK PERGI MELANCONG". Sampai bila-bila pun anda tidak akan merasa berada di tempat orang. Kita sendiri yang perlu mentafsirkan melancong untuk apa dan bagaimana.

Pelancongan jimat memang ada. Anda tidak percaya? Saya akan tunjuk kan nanti :)

Pelancongan dalam atau luar negara. Wahhhh! Ramai yang berminat dengan pelancongan luar negara bukan? Tanamkan azam anda bila tarikh hendak melancong ke luar negara, bincang dengan rakan atau keluarga.Pasti akan jadi percutian yang hebat! Beijing, Phuket, Bandung, Langkawi, Redang Island, Korea atau ke mana saja pasti seronok bersama dengan orang tersayang.

Pelancong?
Ya, anda akan jadi pelancong sekiranya melancong dan berada di tempat orang. Sangat seronok kerana pelbagai budaya akan kita lihat, cara komunikasi yang berbeza, barangan yang berbeza di tempat kita, makanan yang enak-enak, bangunan yang unik tidak pernah kita lihat depan mata dan banyak lagi pengalaman yang akan anda rasai sebagai pelancong. Kita juga akan di sambut dengan baik dan mesra apabila menjadi pelancong. Saat itu pasti kita akan rasa rileks dan tenang.

Anda tidak percaya? Saya sudah rasai nya di pelbagai tempat. Otak yang kusut dengan kerja dan masalah, saya akan rehatkan diri dengan melancong ke mana saja. Bukan saya banyak duit tetapi dengan cara init tenangkan jiwa kita. Saya juga ambil pakej pelancongan yang jimat dan mengikut budget. Tidak perlu jauh, di negara kita sudah ada pelbagai pulau dan pantai yang boleh rilekskan diri kita. Seacrh saja dalam internet :)

"Istilah pelancongan mengikut WTO atau World Tourism Organization ialah aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih dari setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya"

No comments:

Post a Comment