Monday, January 31, 2011

Bila nak bercuti ? Di mana?

Pantai salah satu tempat yang sesuai untuk merehat-rehatkan minda dan otak yang telah bekerja keras 8jam sehari. Itu kalau 8jam, kalau anda ada overtime..huh! memang otak akan jem bila pulang ke rumah. Silap-silap kalau di tempat kerja ada masalah, balik rumah mood tak baik semua orang kena marah. Jika terjadi situasi ini, anda hanya perlu kawal minda anda, kawal kemarahan anda. Hanya anda yang boleh kawal. Harus di ingat semua orang juga ada masalah.Cuma tempat dan perkara yang berbeza saja. Isnin hingga Jumaat kita dah stress dengan kerja. Sabtu dan Ahad anda boleh rancang bercuti. Tidak perlu jauh-jauh. Dekat persekitaran anda mesti ada.

Bagi yang duduk area Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, di mana tempat yang sesuai? Port Dickson pun sudah memadai. Boleh berBBQ di tepi pantai. Tidur semalam di sana pasti menyeronokkan. Pantai sangat-sangat menenangkan jiwa dengan keindahannya yang nyaman.

Port Dickson merupakan pantai yang sesuai untuk destinasi pelancongan. Ia terletak 32km dari Seremban dan 90km dari Kuala Lumpur. hanya mengambil masa satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. PD merupakan pantai yang terpanjang di malaysia. Menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negera kerana satu-satunya pantai yang terdapat di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai hotel dan resort telah dibangunkan untuk kemudahan pelancong yang datang melancong di sini. Anda tidak perlu risau tentang tempat penginapan. Segalanya boleh di uruskan.

Dengan percutian yang singkat dalam masa dua hari ini boleh membuatkan kita gembira setelah penat seharian bekerja. Perlu diingatkan otak kita juga perlu masa untuk berehat. Kita kea pandai mencuri waktu terluang untuk diri kita sendiri.

Di PD terdapat apartment yang boleh di tempah sekiranya anda merancang melancong bersama keluarga atau sanak-saudara, seperti Residence Lagoon, Bayu Beach Resort, Glory Beach Resort dan banyak lagi pilihan.

Sukar mencari hotel?
Cuba ke agensi pelanocngan yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment