Monday, January 31, 2011

Bila nak bercuti ? Di mana?

Pantai salah satu tempat yang sesuai untuk merehat-rehatkan minda dan otak yang telah bekerja keras 8jam sehari. Itu kalau 8jam, kalau anda ada overtime..huh! memang otak akan jem bila pulang ke rumah. Silap-silap kalau di tempat kerja ada masalah, balik rumah mood tak baik semua orang kena marah. Jika terjadi situasi ini, anda hanya perlu kawal minda anda, kawal kemarahan anda. Hanya anda yang boleh kawal. Harus di ingat semua orang juga ada masalah.Cuma tempat dan perkara yang berbeza saja. Isnin hingga Jumaat kita dah stress dengan kerja. Sabtu dan Ahad anda boleh rancang bercuti. Tidak perlu jauh-jauh. Dekat persekitaran anda mesti ada.

Bagi yang duduk area Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, di mana tempat yang sesuai? Port Dickson pun sudah memadai. Boleh berBBQ di tepi pantai. Tidur semalam di sana pasti menyeronokkan. Pantai sangat-sangat menenangkan jiwa dengan keindahannya yang nyaman.

Port Dickson merupakan pantai yang sesuai untuk destinasi pelancongan. Ia terletak 32km dari Seremban dan 90km dari Kuala Lumpur. hanya mengambil masa satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. PD merupakan pantai yang terpanjang di malaysia. Menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negera kerana satu-satunya pantai yang terdapat di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai hotel dan resort telah dibangunkan untuk kemudahan pelancong yang datang melancong di sini. Anda tidak perlu risau tentang tempat penginapan. Segalanya boleh di uruskan.

Dengan percutian yang singkat dalam masa dua hari ini boleh membuatkan kita gembira setelah penat seharian bekerja. Perlu diingatkan otak kita juga perlu masa untuk berehat. Kita kea pandai mencuri waktu terluang untuk diri kita sendiri.

Di PD terdapat apartment yang boleh di tempah sekiranya anda merancang melancong bersama keluarga atau sanak-saudara, seperti Residence Lagoon, Bayu Beach Resort, Glory Beach Resort dan banyak lagi pilihan.

Sukar mencari hotel?
Cuba ke agensi pelanocngan yang berdekatan.

Saturday, January 29, 2011

Pelancong dan Pelancongan

Apa itu pelancongan?

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan daripada pihak masing-masing. Industri pelancongan mempunyai pelbagai sektor yang berbeza serta mempunyai aktiviti yang tersendiri.

Ramai yang beranggapan melancong merupakan satu aktiviti yang memerlukan belanja yang besar bagi menampung penginapan, pengankutan, makanan serta duit membeli belah untuk cenderahati keluarga. Anda salah! Kerana melancong tanpa mengeluarkan belanja yang besar atau banyak boleh anda lakukan. Buangkan fikiran dalam minda anda bahawa "DUIT TIDAK ADA UNTUK PERGI MELANCONG". Sampai bila-bila pun anda tidak akan merasa berada di tempat orang. Kita sendiri yang perlu mentafsirkan melancong untuk apa dan bagaimana.

Pelancongan jimat memang ada. Anda tidak percaya? Saya akan tunjuk kan nanti :)

Pelancongan dalam atau luar negara. Wahhhh! Ramai yang berminat dengan pelancongan luar negara bukan? Tanamkan azam anda bila tarikh hendak melancong ke luar negara, bincang dengan rakan atau keluarga.Pasti akan jadi percutian yang hebat! Beijing, Phuket, Bandung, Langkawi, Redang Island, Korea atau ke mana saja pasti seronok bersama dengan orang tersayang.

Pelancong?
Ya, anda akan jadi pelancong sekiranya melancong dan berada di tempat orang. Sangat seronok kerana pelbagai budaya akan kita lihat, cara komunikasi yang berbeza, barangan yang berbeza di tempat kita, makanan yang enak-enak, bangunan yang unik tidak pernah kita lihat depan mata dan banyak lagi pengalaman yang akan anda rasai sebagai pelancong. Kita juga akan di sambut dengan baik dan mesra apabila menjadi pelancong. Saat itu pasti kita akan rasa rileks dan tenang.

Anda tidak percaya? Saya sudah rasai nya di pelbagai tempat. Otak yang kusut dengan kerja dan masalah, saya akan rehatkan diri dengan melancong ke mana saja. Bukan saya banyak duit tetapi dengan cara init tenangkan jiwa kita. Saya juga ambil pakej pelancongan yang jimat dan mengikut budget. Tidak perlu jauh, di negara kita sudah ada pelbagai pulau dan pantai yang boleh rilekskan diri kita. Seacrh saja dalam internet :)

"Istilah pelancongan mengikut WTO atau World Tourism Organization ialah aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih dari setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya"

Thursday, January 27, 2011

Apa yang menarik?

Apa jom rileks?
Rileks-rileks pergi kompleks la! Kenal dialog ini.hahaha.Sering diperkatakan setiap orang. Tetapi Jom Rileks akan tukar ayat itu kepada "RILEKS-RILEKS PERGI MELANCONG LA". Haaaaa, pelik tetapi benar. Melancong, jalan-jalan, membeli-belah adalah satu topik yang boleh dikatakan sama. Kerana apabila kita melancong, automatik kita akan berjalan-jalan melihat tempat otang sambil membeli-belah. wahhhhh! Sangat seronok kan. Memang tidak semua orang dapat menerima cara ini untuk merilekskan diri anda. Terpulang kepada individu masing-masing. Ingin tahu? Anda lah yang harus mencuba dan mengubahnya. Jadikan lah ia satu hobi baru anda. Try dulu baru tahu..hehehhe



pasti anda akan ceria gelak tawa selepas melancong membeli belah, terutama dengan orang tersayang
:)